Titik berganda Not bertitik

Audio playback is not supported in your browser. You can download the audio file.
Sebahagian gerakan kedua Kuartret Bertali (Op. 74, No. 2) oleh Joseph Haydn. Not pertama memiliki dua titik. Tema Haydn diadaptasikan bagi mainan piano oleh penggubah tak dikenali.(Fail MIDI 3.7 KB)

Nota bertitik dua ialah nota dengan dua titik kecil ditulis selepasnya. Tempohnya ialah ​1 3⁄4 kali ganda nilai not asasnya. Nota bertitik dua kurang kerap digunakan berbanding nota bertitik. Biasanya, seperti dalam contoh di sebelah kanan, ia diikuti dengan nota yang tempohnya adalah satu perempat panjang nilai nota asas, melengkapkan nilai nota yang lebih tinggi seterusnya. Sebelum pertengahan abad ke-18, titik berganda tidak digunakan. Sehingga itu, dalam beberapa keadaan, titik tunggal juga boleh bermakna titik berganda.[5]